Tuesday, 31 July 2018

MarryBrown : Gores dan Menang

Hi Korang! Assalammualaikum..

Kali ni saya nak cerita tentang Marry Brown Gores dan Menang sempena piala dunia 2018.



Yeayyyyyyyyyy, pertama kali dalam sejarah hidup dapat hadiah utama dalam contest yang hanya perlu "Gores dan Menang"! Haaa.. selalu dah kita dengar atau pun terima kad untuk digores dan dapat hadiah ni kan.. tapi setiap kali dapat, mesti perkataan yang akan muncul selepas gores adalah "Terima Kasih" atau pun mungkin sekadar dapat hadiah sampingan jer laaa... kan kan kan... :)

Meh la nak cerita macam mana boleh menang, sebenarnya kejadian berlaku di Marry Brown, cawangan Giant Cheng, Melaka. Hari tu memang kami sekeluarga balik kampung saya di Melaka. Kebetulan mak saya cakap nak makan bubur yang dekat-dekat jer la sebab mak saya ni tak boleh duduk dalam kereta lama-lama, nanti sakit kaki lutut semua. Maka nya yang terdekat nak bawa adalah Mc Donald, tapi mak cakap "ala, bubur Mcdonald dah selalu rasa".. hurm... saya pun terus terfikir bubur feveret saya iaitu bubur pedas Marry Brown yang sedap tu!

Saya terus google dan cari website Marry Brown dan lihat outlet terdekat dengan rumah mak saya. Memang rezeki mak saya lah nak rasa bubur pedas tu sebab outlet terdekat dalam 15-20 minit sahaja dari rumah, Marry Brown di Giant Cheng Melaka.


haaa, ni lah rupa bubur pedas Marry Brown tu! Gambar ini diambil lama dah, bukan dihari kejadian tau.. hehe Gambar makanan dihari kejadian lupa nak ambil.. haha

Ok sambung cerita, masa sampai Marry Brown tu, saya dan isha sahaja yang pergi order dikaunter. Masa tu, memang tak ramai orang dan tak perlu beratur pun. Saya terus order, dan masa bayar tu, adik yang jaga kaunter tu bagitau yang resit saya lebih RM25. Jadi dapatlah saya satu kad untuk digores. Ketika itu saya langsung tak tanya gores untuk apa sebab pada saya, alaaaa biasa la ni gores kang dapat Terima Kasih ke, ayam goreng seketul ke kan... hahaha 
Adik tu beri banyak kad untuk saya pilih, saya terus pilih bahagian tengah dan bagi pada isha untuk dia goreskan. 

Tiba-tiba, adik kaunter cakap "eh,, akak memang jersi lah".. Saya pun macam blur sekejap. Jersi apa? Jersi bola hadiah utama kak, jawab adik tu. Saya pun terkejut lah kan.. rasa bertuah sungguh sebab dapat 1 daripada 100 helai jersi hadiah utama untuk seluruh cawangan Marry Brown di Malaysia ni.




Alhamdulillah, dapat jersi bola berharga dalam anggaran RM300.
Selepas 2 minggu dari hari tersebut, barulah saya dihubungi oleh pihak Marry Brown HQ untuk dapatkan maklumat penhantaran. Selang 2 hari, jersi pun sampai :)

Surat Penghargaan dari Pihak Marry Brown!

inilah dia jersi bola pasukan Spain yang saya dapat. 
Oh ya, jersi pasukan apa dan saiz jersi semua ditentukan oleh pihak Marry Brown.


Disebabkan dapat jersi bola saiz M, sudah tentu lah suami saya yang lebih bertuah kan.. hihi Dapat lah dia jersi bola tu walaupun dia tak minat bola sangat pun.. haha 

Terima Kasih diucapkan kepada pihak Marry Brown atas anjuran pertandingan " Gores dan Menang " ini. Ternyata gores dan terus menang hadiah gitu.. :)) Alhamdulillah.

p/s: Korang jangan lupa tau try bubur pedas dari Marry Brown tu, pasti tiddak akan kecewa.. percayalahhhh... Mak saya pun suka okay! :)) Sambil menaip ni pun tiba-tiba rasa nak makan bubur pedas tu lah... hihi

Sekian dulu.

Love,
Mama Isha & Izzul



Friday, 27 July 2018

Taman Botani Negara Shah Alam

Hi semua.. Assalammualaikum..

Memandangkan lama tak kemas kini blog, maka memang banyak lah entry balik belakang (throwback) yang akan saya masukkan :). Tak kesah lah yer, yang penting untuk simpan disini sebagai kenangan dan mana tau boleh juga dijadikan panduan untuk sesiapa sahaja nanti kan.

Sebelum puasa hari tu, sempat lah saya bawa anak-anak ke Taman Botani Negara Shah Alam ni. Dah berkurun lama tau tak kesini. Niat dihati nak menghirup udara yang segar sambil jalan kaki buat aktiviti kasi keluar peluh. Almaklum badan pun gemok.. haha Dari tawaf pusat membeli belah dan habiskan duit.. lebih baik lah bawa anak-anak tawaf taman, beriadah bersama seisi keluarga gitu..:)

Dulu-dulu taman ini dipanggil Taman Pertanian Bukit Cerakah, sekarang dah tukar kepada nama baru iaitu Taman Botani Negara Shah Alam. Ingat lagi dulu masa kecik-kecik, bukan main teruja lagi bila dapat datang sini sebab ada rumah 4 musim tu kan.. hihi

Harga tiket diatas ni saya ambil dari laman web Taman Botani Negara Shah Alam, terlupa pula hari tu nak ambil gambar dihadapan kaunter tiket :) Kami sampai disana masa tu pukul 8 pagi.

kami masuk 4 orang, saya & suami & isha sahaja dikenakan tiket berjumlah RM7. Manakala izzul masuk percuma kerana masih dibawah umur 6 tahun. Kan saya kata tadi, jimat kalau beriadah dalam taman daripada didalam pusat membeli belah. hihi


Peta didalam taman ini yang sempat saya ambil dipapan tanda sebelum memulakan perjalanan. Kita tengok nanti setakat mana kaki ini mampu bertahan okay :) 
Pelbagai taman ada didalam ni, antaranya Taman Haiwan, Taman Hiasan, Taman Satu Malaysia.


Kami melalui Taman Satu Malaysia dahulu tetapi terlupa pula nak bergambar disitu sebab lalu jer, tak singgah pun. Memandangkan nak-anak dah tak sabar nak tengok haiwan apa yang ada dalam taman ni. Diaorang ingat macam masuk Zoo tu :) 

Okay bermula lah perjalanan kami 4 beranak, kami ke Taman Haiwan dulu. Isha dan Izzul seronok dan teruja sangat nak jelajah taman ini. Papa diaorang pun awal-awal ni kemain depan lagi berjalan, yang mama macam biasa belakang sekali, almaklum muatan berat kan... adehhh


Acara wajib mesti lah bergambar kan.. kejap-kejap berenti untuk ambil gambar :)

Okay sekarang kami dah masuk dalam Taman Haiwan. Mula-mula kita ke "Aviary N Bunny Park".
Masuk dalam ni kena bayar ya, dewasa RM 7 & kanak-kanak RM5. Seperti biasa untuk tujuan kos memelihara binatang yang ada didalam park ni.


Kaunter tiket ketika itu belum siap sepenuhnya seperti gambar diatas. Tetapi memang ada penjaga dilaluan jejantas nak masuk kesitu, terlupa lagi nak ambil gambarnya :)


Selepas lalu jambatan, akan jumpa papan tanda ni pula. 


       
                 
               
Dalam "Aviary & Bunny Park" ni ada arnab, kambing, angsa, kura-kura, & kolam ikan. Tengok pada video tu, dengar bunyi angsa kan.. isha dan izzul berebut nak bagi arnab makanan tapi arnab taknak makan. mungkin kenyang agaknya, yela kalau dah semua pelawat nak bagi makanan, mesti tak lalu tekak arnab tu nak telan kan :)


Okay, bergambar kenangan dengan angsa ya.. :)


     
                                   
Lepas tu berebut pulak nak bagi kambing makan :) haha selalu tengok kambing dari jauh jer kan, kali ini tengok dekat-dekat.. kambing tu pulak nampak lapar sangat, asyik hulurkan mulut jer nak makan.



Foto keluarga bersama encik kambing :) hahaa

Pandai kambing zaman sekarang ni bergambar ok, Kami pun tak sangka kambing tu pun boleh sama-sama tengok kamera. Masa tu memang set handphone mode timer jer kan.. hahaa.. Kira ni gambar terbaik kami disini :)

 
Kuran-kura pun ader :)


Ini laluan keluar dari Aviary & Bunny Park. Berjalan mendaki bukit tau, saya dah mula rasa mengah.. adehh, rasa tak cukup nafas dah.. haha tula sape suruh lama tak bersenam.. dengan badan dah berat lagi, tertinggal lah dibelakang :)


                 


Selepas mendaki bukit, terjumpa kandang rusa pula. Kat sini ada disediakan tempat untuk ambil makanan dan beri kepada rusa, dengan syarat letak duit ditabung seikhlas nya.. terpulang kepada pelawat :)


                  

Bahagia bila tengok isha & izzul seronok, berbaloi la datang kesini walaupun penat hahaaa... memang baju basah peluh.. cuaca hari tu pulak memang panas :)                

Selepas puas bagi rusa makan, kitaorang duduk sekejap.. berehat makan sandwich yang kami bawa dari rumah, terlupa lagi nak ambil gambar sebab masing-masing dah lapar dan penat.

Kemudian, kami sambung lagi berjalan, konon nak pergi ke taman hiasan. Jalan punya jalan, tak sampai-sampai.. hahhaa kali ini saya betul-betul dah penat, Baju dah basah, tudung pun dah basah. Geram pulak tengok orang yang berbasikal melepasi kami dengan laju. Terus saya pun duduk ditepi jalan, tunggu bas lalu.. hahaaaa tak sangup dah nak berjalan... rasa tenaga dah habis :)



Inilah gaya anak dara saya menunggu bas sampai.. boleh nampak  kan kami tunggu ditempat yang berbukit. Memang jalan dalam taman ni berbukit-bukit, kalau siapa tak biasa, memang pancit ditengah jalan la jawabnya macam saya kan kan kan.. hahhaa


                      

Tengok video diatas ni, betapa seronoknya kami bila dapat naik bas.. hahaa dahla laju, angin kuat, sejuk jerrr...keringla sikit tudung saya yang basah tu :)

Kami terus ke Rumah 4 musim jer ikut laluan bas. Tapi sayang, pemandu tu tak bagitau kami yang rumah 4 musim sedang dalam penyelenggaraan. Kecewa jugak rasa bila sampai situ, semua tutup. Dahla dari stesen bas nak ke tempat tu kena jalan dalam 10 minit jugak.. adehhh berpeluh lagi.
haha



Jadi lah dapat bergambar depan Rumah Iklim :)

Boleh nampak kan betapa cuaca panas terik, masa tu dah pukul 11 pagi. Dari sini kami pilih untuk balik semula ke pintu hadapan, sebab dah tak larat dah. Anak-anak pun dah merengek kepanasan. Terbantut lah niat asal nak tawaf satu Taman Botani ni kan.. takper, lain kali kita datang lagi yer..

Sekian cerita kami di suatu pagi ahad di Taman Botani Negara Shah Alam. Pada saya, eloklah kalau dapat bawa keluarga terutamanya anak-anak beriadah disini. Anak seronok, badan pun sihat, insyAllah. 

Jumpa lagi di lain entry :)

Love,
Mama isha & izzul

Tuesday, 24 July 2018

Harijadi Izzul Affandi yang ke 5 tahun

Assalammualaikum semua :)

Lama nau tak bersiaran disini kan.. kali terakhir update blog 3 tahun lepas, adehhh ni bukan tahap berhabuk atau bersawang dah hahaa tapi tahap pemalas taktau nak kata uiiii..:) Ampun maaf dipinta yer.. kali ni try rajin update blog sebab adik saya dah push suruh rajin update blog supaya dia pun rajin update jugak.. haha kita tengok setakat mana nanti yer.. :)

Sempena mood menulis blog dah kembali ni,
meh nak citer kisah anak bujang saya dah genap umur 5 tahun pada 6 July 2018 yang lepas,
Alhamdulillah, sekejap je rasa masa berlalu, tetiba dah 5 tahun dah dia :)
mama pun makin tua dah.. huhukk



Kali ni kami tunaikanlah permintaan dia nak sambut harijadi di sekolah.. maklumler asyik tengok orang lain je duk sambut besday dan potong kek, dia pun teringin la jugekk.. siap request nak kek Power Ranger! Baiklah, mama tunaikan lah ye setakat yang mama mampu.. jom layan gambar :)

Izzul Affandi

muka menahan malu, padahal punyalah excited nak sambut dengan kawan-kawan kan, tapi di hari kejadian, duk berkepit jer dengan mama dia.. haha



Izzul dan kawan-kawan :)


mama selfie dengan birthday boy!

Kek Power Ranger
Choclate Moist cake sedap ni dari Cik Yang, boleh check 


Sandwich ni pun sedap! kalau korang area subang bestari, haruslah try k!



Okay ni simple goodies bag untuk kawan-kawan izzul, 
saya buat kan 12 pack untuk 12 orang murid dalam kelas izzul :)

Disebabkan izzul nak kek power ranger, so kita kasi tema power ranger
sketla kat goodies beg tu.. saya pun google gambar power ranger,
lepas tu edit dekat word dan print macam gambar kat atas tu...
jadila kan, buat kenangan hihi

Idea untuk letak dalam goodies beg pula:
1) Air kotak Soya
2) Pack bijirin (koko Crunch/ Milo/ Honey Star)
3) Buku Aktiviti (Menulis/ mewarna/ stiker)


Alhamdulillah, dapatla tunaikan hajat izzul untuk berkongsi rezeki
dengan kawan-kawan di sekolah kan,
izzul happy, kawan-kawan izzul happy, mama pun double happy!



Terima Kasih juga buat semua teacher izzul!

Ok uols, setakat ni dulu yer.. amacam skill menulis tu ader lagi tak?,, bolehh arrr kan :)
So, tunggu next update k!

(mohon doakan saya rajin update blog tau)

k bai!

Love, 
Mama isha & izzul